Thursday, November 10, 2011

Contoh RPH KSSR Bahasa Melayu - LINUS

Salam sejahtera,
Berikut adalah contoh persediaan mengajar Bahasa Melayu bagi kurikulum yang baharu (KSSR) :
RPH ringkas ini adalah salah satu contoh yang menggabungkan kemahiran dalam KSSR dan kemahiran LINUS untuk murid-murid kelas bergabung (kelas LINUS). Di peroleh ketika mengikuti Kursus Pemantapan P&P LINUS. Contoh persediaan mengajar ini bolehlah ditulis dalam buku rekod mengajar guru.

Kelas /
Masa/
Mata Pelajaran
Kandungan
Impak / Catatan
1 Intelek

9.00 pagi
Hingga
10.00 pagi

Bahasa
Tema : KekeluargaanTajuk : Keluarga Saya
Fokus Utama         : SK 1.2          SP 1.2.4
Fokus Sampingan : SK 2.3          SP 2.2.1
Kem.Linus              : 2.3
(jika kelas bercampur dengan murid LINUS)
Objektif                  :
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
  1. Mendengar, menyebut dan mengeja perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi suku kata
  2. Membaca perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan tertutup dalam ayat dengan sebutan yang betul.
  3. Membaca dan membunyikan suku kata KVK (LINUS)
Aktiviti :
  1. Set induksi
  2. Murid mengeja dan membaca suku kata
  3. Murid menandakan perkataan yang didengar
  4. Murid memadankan gambar dengan perkataan.
Pengisian Kurikulum :

Ilmu
  • Pendidikan Moral

Nilai : 
  • Kasih Sayang

KBT  :
  • KB (menjana idea)

EMK :
  1. Fasa Persediaan
  2. Fasa Imaginasi
  3. Fasa Perkembangan
  4. Fasa Tindakan
Sistem Bahasa :
  • Kata Nama Am

Media (BBB) :
  • Kad perkataan, kad gambar

Refleksi :
  • 80% daripada 36 murid dapat mengeja perkataan dan suku kata terbuka dan tertutup manakala selebihnya dapat mengeja dengan bimbingan guru.
  • 100% daripada 4 orang murid LINUS dapat membaca dan membunyikan suku kata KV

Sekian,

Admin,
Teacher' Department II

No comments:

Post a Comment