Sebelum cuti sekolah yang lalu, pihak sekolah saya telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang untuk pelajar-pelajarnya. Apa yang membanggakan saya adalah murid-murid LINUS saya yang sebelum ini tidak diberi harapan, tetapi akhirnya menunjukkan peningkatan demi peningkatan.
Walaupun mereka ini degil dan nakal, itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus membimbing mereka sehingga mendapat keputusan yang membanggakan. Memang saya tidak percaya dakwat Merah sebelum ini menyelubungi Rekod Kemajuan Murid telah bertukar kepada Biru.
Mereka ini baru sahaja tahun 1. Jadi, masa depan mereka amat cerah jika terus diberikan peluang dan kesempatan untuk mencuba setiap kebolehan mereka. Murid kelas belakang jangan diabaikan dan memberi tumpuan khusus untuk murid kelas hadapan sahaja.

Cikgu bangga dengan kamu semua. Tahniah!
ADMIN
Teacher's Department II